Wednesday 6 March 2024


APA ITU PROGRAM BANTUAN TERNAKAN RUMINAN (PBTR)

Program Bantuan Ternakan Ruminan PBT(R) adalah program yang menggantikan Program Penternakan Rakyat Ruminan PPR(R). Menerusi program ini, kerajaan menggalakkan aktiviti pembiakan ternakan ruminan dalam usaha untuk  meningkatkan populasi ternakan ruminan bagi penghasilan daging segar tempatan untuk menapung  keperluan penduduk Negeri  Johor.

OBJEKTIF

i) Menggalakkan penambahan populasi ternakan ruminan

ii) Menggalakkan pengusaha komited dan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang usaha penternakan

iii) Meningkatkan kualiti genetik penternak

SKOP BANTUAN YANG DIPERLUKAN

Bantuan yang diberikan adalah ternakan lembu hidup (lembu, kerbau, kambing dan bebiri) yang diberikan kepada pengusaha yang lain melalui grant yang diberikan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH : 11 MAC 2024




Wednesday 21 June 2023

Adakah anda pasti!!! daging yang anda makan benar-benar bersih dah terhindar daripada sebarang penyakit berjangkit. Adakah daging yang disembelih benar-benar menepati piawaian dan selamat untuk dimakan. Pastikan daging yang keluarga anda makan  bersih dan selamat dimakan di Pusat sembelihan dengan pemantau pihak berkuasa pihak veterinar. Senarai pusat sembelihan yang dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan veterinar di sini.

 

TAHUKAH  ANDA APA ITU PENYEMBELIHAN

Penyembelihan ialah suatu cara untuk mematikan binatang untuk dimakan dengan memotong dua urat utama di leher binatang iaitu halkum dan mara'i dengan menggunakan pisau atau parang yang tajam. Haiwan yang paling selalu disembelih untuk makanan ialah lembukambing dan ayam. Kata dasar sembelih (Jawiسمبليه) berasal daripada metatesis lafaz bismillah yang dibacakan sebelum memotong leher haiwan. Biasanya haiwan yang disembelih adalah ayam, lembu, dan juga kambing.

 

Dipetik daripada firman..

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala”.

 

PUSAT SEMBELIHAN SEMENTARA

Pusat sembelih sementara adalah satu kaedah atau aktiviti penyembelihan yang dibenar dan dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor. Pusat sembelihan sementara ini diwujudkan bagi membuka ruang kepada pengendali-pengendali aktiviti penyembelihan ini menjalankan aktiviti penyembelihan dengan cara yang betul tanpa menyebabkan kecederaan pada ternakan, mengabaikan kebajikan ternakan, mengurangkan risiko pencemaran awam dan memastikan kelastarian alam. Waktu Pusat Sembelihan sementara ini hanya dibenar beroperasi pada 3 hari raya dan 4 hari selepas hari raya pertama (7 hari) sahaja iaitu pada hari raya AidilFitri (raya Puasa) dan hari raya AidilAdha (raya haji/korban).

 

Sebelum sebuah pusat penyembelihan sementara itu dibenarkan operasi, pengendali-pengedali tersebut perlu menepati beberapa kreteria yang ditetapkan oleh jabatan perkhidmatan veterinar negeri johor. Ini bagi memastikan kelangsungan aktiviti tersebut tidak menimbulkan sebarang isu keselamatan makanan terutama semasa dan selepas aktiviti tersebut dijalankan terutama perkara-perkara yang melibatkan orang awam. Ternakan yang hendak disembelih juga diperiksa dan dipastikan benar-benar selamat untuk dimakan dan diedarkan kepada orang awam. Sehubungan itu, kami amatlah menyarankan dan menggalakkan orang ramai agar mendapatkan bekalan daging di pusat sembelih yang berdaftar dan diberi kebenaran operasi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Sama-sama kita memastikan aktiviti penyembelihan ternakan yang dijalankan mengikut saranan jabatan agar hasil ternakan yang disembelih benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan. Sebarang aduan berkaitan aktiviti penyembelihan tanpa kebenaran sah boleh hubungi ditalian:

Penguatkuasa Veterinar Negeri Johor

Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
Aras 1, Kompleks Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jalan Padi Bahagia,
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru
Johor Darul Ta'zim
Phone : 607-2160016